Sparkle hijau kebiruan:

Ahad, 20 Januari 2013

WAJAH -WAJAH SAHABAT LAMA

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
sewaktu di puncak kejayaan teman-teman mengenal kita dalam kesengsaraan
sahabat umpama air di kala dahaga.

PERSAHABATAN BUKAN SEJARAH BOLEH DILUPAKAN,
BUKAN MATEMETIK YANG BOLEH DITOLAK TAMBAH,
DAN BUKAN BAHASA YANG BOLEH KITA PELAJARI
TETAPI PERSEFAHAMAN ANTARA DUA HATI

PADAM NOMBOR SAYA DARI TELIFON BIMBIT KAMU
PADAM SEMUA MESEJ DARI PETI MASUK KAMU
TAPI TOLONG SIMPAN SAYA DIHATI KAMU SEBAGAI SAHABAT SELAMANYERR...

ANTARA WAJAH WAJAH SAHABAT LAMA YANG MASIH DALAM INGATAN














HARI INI HARI LAHIR KU

HARI INI HARI LAHIRKU

20/1/2013-ahad...catatan ini aku tulis pada ulang tahun kelahiran aku yang ke 36 tahun.terlalu cepat masa berlalu,hari demi hari kulalui dengan pelbagai rintangan dan cobaan.
Walaupun ulang tahun kelahiran aku hari ini tidak di sambut meriah tapi aku bersyukur kerana ramai teman2 mengingati aku.itu sudah cukup memadai bagi aku.

waktu ini aku sibuk dengan kerja dan urusan perniagaan aku.tapi masih ada sahabat yang setia membantu urusan aku.

TERIMA KASIH SETIAP BANTUAN DAN PENGORBANAN SAHABAT SEPANJANG HARI INI.
KAU TETAP DALAM INGATAN AKU..

bro..banyak masa yang kau luangkan untuk aku hari ini.terima kasih bebanyak atas bantuan kau..

DINI HARI TERBIT LAGI SEPERTI SEMALAM
RUANGNYA AGAK PANJANG 
UNTUK KU PENUHI DENGAN PELBAGAI HARAPAN
DI USIA INI..
MEREKA BERTANYA-TANYA TENTANG AKU
ATAU PUN SEKADAR MENGIGATI KEABADIAN DIRI
YANG SAMA SEPERTI DULU

YA,,,AKU MASIH SEPERTI DULU
MENGGIGATI PUTARAN WAKTU
MEMINTA KEHIDUPAN LEBIH REDA
KEMBALI DENGAN SERIBU TANDA TANYA
SEHINGGA KITA TETAP DIINGATI DAN DISAYANGI..






Selasa, 15 Januari 2013

WAJAH -WAJAH SAHABAT AKU YANG TELAH BERJAYA DALAM KEHIDUPAN
SEMOGA LEBIH MAJU DAN BERJAYA DALAM APA SAJA BIDANG YANG DI CEBURI.
sory aku curi gambar korang dalam fb,,,jangan marah gambar sahabat yang takde tu sory
gambar korang tak dapat dikesan





























MACAM LESBIAN - MENGEDIK - BEJALAN  PEGANG TANGAN -
MACAM KEMBAR - dll



Itu lah antara kata kata kengkawan di sekolah dulu tentang aku dan as.kelakar nyer kalau diingat kan ..tapi itulah yang terindah "kenangan"
Aku dengan Asmida ,Zaihasra, Aruah Ateh kawan semenjak kecik lagi kami sekampung.main bersama,makan bersama,mandi sungai,curi buah manga orang, kene balasah dengan mak keliling kampung. jatuh perigi, rebutkan pakwe, bergaduh, merempit keliling kampung, uhhhhh macam2 lagilah kitorang dah buat.. mak den kato kami ni BEGA TAHAP GABAN.
Itulah serba sedikit kenangan zaman persekolah aku dahulu bersama sahabat....
Tapi kegembiraan itu hilang apabila kami mengakhiri zaman persekolah, masing-masing mencari haluan hidup sendiri.Aku dengan kerjaya dan keluarga , as dengan kerjaya dan rumahtangga, zai yang cerdik pandai tak seperti kami meneruskan pelajaran dan Ateh dengan cara hidup sendiri tampa berumah tangga hingga keakhir hayatnyer.
Setelah hampir 20 tahun aku meninggalkan kampung, kini aku kembali demi tanggungjawap pada mak aku yang sedang sakit tua.Anak-anak bersekolah di kampung,suami berulang alik dari Shah alam.
Apabila hari pertama menghantar anak-anak aku kesekolah SKDKP dan SMDKP tibul rasa rindu yang membara aku pada kawan2 terutama teman rapat aku.
Alhamdulillah dengan teknologi moden yang ada masa kini memberi peluang pada aku mencari semula kawan2 lama.
Aku terjah, aku call ,aku cari akhirnyar dapat bertemu kembali. walau pun tak ramai tapi sudah cukup memadai bagi aku.
Aku tak peduli apa jawatan, kedudukan atau sejarah hidup korang.sebab semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT.

Persahabatan aku dengan asmida adalah sesuatu yang sangat misteri dan aneh bagi aku.kerana kisah hidup kami lebih indah kalau dialami .
biarlah ia menjadi sejarah dan kenangan terindah dalam hidup kami sepanjang hayat.

HAL YANG MANIS ITU ADALAH KETIKA 
2 INSAN YANG SALING RINDU 
NAMUN TIDAK BERKOMUNIKASI 
TETAPI KEDUANYA
SALING MENDOAKAN DI DALAM 
SUJUD MASING-MASING

apa bila jari jemari ini ingin menulis
aku-rosalinda omar






Tiba-tiba aku teringatkan sahabatku Norazah sabili..atau lebih dikenali dengan Ateh.
permergiannyer tak diduga di usia 33 dia pergi meninggalkan kita..
kebaikkan,  kelembutan, tutur kata yg teratur, pemalu, dan sedikit pendiam membuat aku rasa kehilangan seorang sahabat baik.
Tiap kali aku melintasi rumah atau berkunjung kerumahnyer,aku jadi sayu bertambah lagi bila melihat mak aruah yang begitu tabah menghadapi dugaan allah,dengan pemergian tiga orang anak tersayang diusia muda.
Begitu jugalah dengan sahabat-sahabat aku yang lain juga telah meninggalkan aku beberapa tahun dahulu.
sesungguhnyer ajal maut ditangan Allah,kita yang masih beryawa ini marilah merebut peluang mencari keredoannyer.

DALAM KENANGAN -AL-FATIAH UNTUK SAHABAT-SAHABAT KU..





reunion smdkp lenggeng tahun 1994

Assalamualaikum..
.salam rindu dari aku untuk semua kengkawan yang penah mengenali aku satu masa dulu.
di usia 35 ini aku aku rasa perlu mencari kawan2 semula bagi menjalin silaturahim.
Walaupun aku bersekolah tidak lama tapi kenangan terindah bersama korang masih segar dalam ingatan aku.Mungkin ada yang mengenali aku camtu-camtu jerr atau mungkin penah rapat sekejap dengan aku.Tapi tak kisahlah.Yang penting korang ingat akukan..walaupun banyak yang tak baik tentang aku dari yang baik.
Tapi tak kisahlah sebab itu semua adalah kenangan yang tak semua orang dapat kecapi.krana itulah yang terindah dalam hidup aku.
Allah yang menentukan segalanyer..walaupun tidak kemenara gading seperti korang tapi Allah SWT tetap membantu aku dalam kehidupan..sehingga berjaya kehari ini.
berjaya mempunyai keluarga bahagia
berjaya mendidik anak-anak
berjaya dalam mencari keredoan Illahi
berjaya dalam kehidupan seharian
sudah memadai bagi aku,...,,cuma kenangan persekolahan dulu yang membuatkan aku tidak puas,dan rindu untuk melihat wajah korang di usia ini..
Aku tau korang sibuk dengan kerjaya masing-masing,keluarga,kedudukan dan pangkat yang korang jawat sekarang.,
tapi kalau berkesempatan waktu aku beharap sangat dapat korang luangkan sedikit masa kite berjumpa dan betukar cerita atau mengimbas kenangan KENAKALAN kita dahulu..mesti seronokkan
semoga 16/2/2013 nanti menjadi titik permulaan dalam kehidupan kita mengenali dan berjumpa kembali kengkawan lama.
SEMOGA AKAN MENJADI KENANG TERINDAH DI USIA INI

apabila jari jemari ini ingin menulis
 aku -rosalinda omar