Sparkle hijau kebiruan:

Selasa, 15 Januari 2013

MACAM LESBIAN - MENGEDIK - BEJALAN  PEGANG TANGAN -
MACAM KEMBAR - dll



Itu lah antara kata kata kengkawan di sekolah dulu tentang aku dan as.kelakar nyer kalau diingat kan ..tapi itulah yang terindah "kenangan"
Aku dengan Asmida ,Zaihasra, Aruah Ateh kawan semenjak kecik lagi kami sekampung.main bersama,makan bersama,mandi sungai,curi buah manga orang, kene balasah dengan mak keliling kampung. jatuh perigi, rebutkan pakwe, bergaduh, merempit keliling kampung, uhhhhh macam2 lagilah kitorang dah buat.. mak den kato kami ni BEGA TAHAP GABAN.
Itulah serba sedikit kenangan zaman persekolah aku dahulu bersama sahabat....
Tapi kegembiraan itu hilang apabila kami mengakhiri zaman persekolah, masing-masing mencari haluan hidup sendiri.Aku dengan kerjaya dan keluarga , as dengan kerjaya dan rumahtangga, zai yang cerdik pandai tak seperti kami meneruskan pelajaran dan Ateh dengan cara hidup sendiri tampa berumah tangga hingga keakhir hayatnyer.
Setelah hampir 20 tahun aku meninggalkan kampung, kini aku kembali demi tanggungjawap pada mak aku yang sedang sakit tua.Anak-anak bersekolah di kampung,suami berulang alik dari Shah alam.
Apabila hari pertama menghantar anak-anak aku kesekolah SKDKP dan SMDKP tibul rasa rindu yang membara aku pada kawan2 terutama teman rapat aku.
Alhamdulillah dengan teknologi moden yang ada masa kini memberi peluang pada aku mencari semula kawan2 lama.
Aku terjah, aku call ,aku cari akhirnyar dapat bertemu kembali. walau pun tak ramai tapi sudah cukup memadai bagi aku.
Aku tak peduli apa jawatan, kedudukan atau sejarah hidup korang.sebab semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT.

Persahabatan aku dengan asmida adalah sesuatu yang sangat misteri dan aneh bagi aku.kerana kisah hidup kami lebih indah kalau dialami .
biarlah ia menjadi sejarah dan kenangan terindah dalam hidup kami sepanjang hayat.

HAL YANG MANIS ITU ADALAH KETIKA 
2 INSAN YANG SALING RINDU 
NAMUN TIDAK BERKOMUNIKASI 
TETAPI KEDUANYA
SALING MENDOAKAN DI DALAM 
SUJUD MASING-MASING

apa bila jari jemari ini ingin menulis
aku-rosalinda omar






2 ulasan:

  1. tiada apa yg boleh menyentuh kalbu ini selain darapada melihat kembar rawa ini berpelukan diantara satu sama lain sambil masing masing menitiskan airmata kerinduan ... ku tanggalkan baju keegoan priaku untuk merelakan perasaan ini saling bertukar ganti dari gembira, sedih, sayu dan amat mengharukan... nasib baik airmata ini tidak mudah jatuh... kalau tak malulah si gagah ini..

    anyway...
    memang touching dowh...

    -RAAZ-

    BalasPadam
  2. PEMBETULAN

    DARAPADA PULAK (DARIPADA), DULU MEMANG 'DARA PADA'

    SKRG TIDAK LAGI....

    BalasPadam